Tuesday, June 4, 2013

Toshiba Memperkenalkan Excite Write, Excite Pro dan Excite Pure


Dua tablet berdefinisi tinggi Tegra 4 dan satu Tegra 3 budget


Semua tablet yang diperkenalkan oleh Toshiba menggunakan processor daripada NVIDIA iaitu Tegra 4 dan Tegra 3.Tablet berspesifikasi tinggi mereka menggunakan resolusi skrin yang sangat tinggi iaitu paparan  2560 X 1600 .Bagi tablet budget mereka Excite Pure menggunakan paparan 1280 X 800.Ketiga-tiga tablet ini dilengkapi dengan microUSB, microHDMI dan microSD.

Toshiba juga menyatakan bahawa mereka menambah baik Digitizer input bagi tablet Excite Write yang mana mempunyai 1024 point pressure dan direka untuk bekerja lebih baik dengan pen input.Tablet ini juga datang dengan software mengambil nota iaitu TruNote.

Tablet Toshiba akan bersaing dengan tablet terbaru dari Samsung dan Asus yang diumumkan di Computex.


Market Android di US Menurun Sedikit

Walaupun menurun, Android masih lagi pengguna paling banyak diikuti oleh Apple.Android menunjukkan penurunan sebanyak 0.3% manakala Apple meningkat sebanyak 1.4%.















      Samsung menjadi pengeluar phone kedua terbesar selepas Apple,Samsung memegang 22% manakala Apple 39.2.Peningkatan sebanyak 0.6% oleh Samsung.



Sony Memperlihatkan Xperia M


Sony telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Xperia M. Model ini adalah phone kelas pertengahan sama seperti Xperia L yang menyasarkan pengguna budget Android.

Spesifikasi:

  • 4inci FWVGA (854 X 480)
  • Dual Core 1Ghz  Snapdragon S4
  • 1Gb Ram
  • Memory terbina 4Gb dan mempunyai slot microsd menyokong sehingga 64Gb
  • Tiada Lte,Namun mempunyai HSPDA+.
  • NFC 
  • 1750mah Bateri
  • Mempunyai dua versi.Satu slot kad sim dan dua slot kad sim.


Monday, June 3, 2013

NVIDIA CEO Menunjukkan Demo Bagaimana Tegra4 Memperbaiki Input Stylus




NVIDIA CEO Jen-Hsun Huang sedang menunjukkan software berdasarkan teknologi skrin sentuh yang membolehkan Stylus Capacitive biasa boleh dioptimumkan.Biasanya kita memerlukan Pen Digitizer seperti S-Pen Samsung untuk menulis dengan pelbagai darjah tekanan yang kita inginkan.Namun kita boleh lihat dengan teknologi dalam Tegra4 kita boleh menulis dengan pelbagai ketebalan bergantung kepada tekanan yang kita guna tanpa perlu S-Pen.

Adobe Reader untuk Window Phone 8

Fungsi yang sama seperti versi untuk Window Phone 7.5.
Antaramuka yang mudah dan simple.


ASUS MeMO Pad HD 7


  • 7 inci tablet dengan resolusi  1280X800
  • Storage ada versi 8gb dan 16gb (mempunyai slot microsd)
  • Camera 5mp
  • Battery life dianggarkan bertahan selama 10Jam
  • Quad-Core processor
  • Harga:129USD
Tablet budget yang menarik dengan harga yang sangat murah.




Sunday, June 2, 2013

CARA MENGESAN WINDOW PHONE ANDA

1) Pergi ke website window phone

      Sila ke alamat ini windowsphone.com/


2)Log in menggunakan akaun microsoft anda

Tekan pada butang Explore dan seterusnya klik pada butang Log in.
Masukkan akaun microsoft anda.

3)Tekan pada butang Find My Phone


4) Anda akan dapat mengesan Phone anda melalui Map 


1)Ring-  Menderingkan phone 
2)Lock- Kunci phone dengan kata laluan
3)Erase-Padam semua data dalam phone(gambar,video dll)